Followers

Coretan untuk ahli geng.

Bismillahirrahmanirrahim.


Penulis Blog berhasrat ingin menulis sedikit catatan buat ahli geng. Geng Kartunis USIM sebenarnya kelihatan mampu pergi jauh, malah mampu lebih aktif. Namun, apa yang berlaku ketika cuti panjang begini, Geng kelihatan Pasif, terutama di Group Geng di Facebook. Misi dan Visi Geng sangatlah menarik, malah mungkin bakal menceburkan pertubuhan ini ke dalam bidang penerbitan, selaras dengan komik-komik di pasaran seperti Manga, Ujang, Utopia dan lain-lain.




Peluang Buat Ahli Geng.






Pada waktu cuti panjang sebegini, mungkin kebanyakan daripada kita akan memiliki masa lapang yang panjang. Seharusnya, kesempatan ini diambil untuk menambahkan koleksi komik ahli geng. Kemudian, mungkin juga kita boleh berkongsi di group FB atau di publish di Blog bagi melihat sejauh mana jumlah koleksi komik yang terkumpul. Mungkin ini akan menjadi inspirasi buat ahli geng yang lain untuk mengasah bakat serta menambah karya masing-masing.


Mengasah Bakat.






Mungkin banyak website yag dapat dijadikan rujukan buat kita. Antaranya:


1. Website untuk mengasah skill Photoshop.


http://ilmuphotoshop.com/category/photoshop-basic/
http://mpvpmsmkbb.blogspot.com/2008/08/tutorial-untuk-photoshop.html
 dan sebagainya.


2. Website untuk mengasah skill melukis.


http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/10/tutorial-manga-cara-melukis-mata-100.html
http://www.kartunisubi.com/tag/anime
http://www.youtube.com/watch?v=2B_jyQk4muM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=7a-rOOuh8mU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v​=IML_xb7piZI


dan sebagainya.


3. Website untuk mengembangkan idea.


http://muslim-manga.com/ 
http://mycomiczine.com/
http://komikdakwah.blogspot.com/
http://www.thecomicforums.com/forum2/index.php?act=idx
http://www.comicbloc.com/forums/
dan lain-lain.


Insya Allah, Geng Kartunis dalam usaha untuk memantapkan pertubuhan, dan semoga di samping itu, ahli geng turut memberikan sokongan dan respon untuk peningkatan Geng dari semasa ke semasa.
Read more

Tinta Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim.


Di cedok daripada blog Pengerusi Geng Kartunis USIM, Imran Abdul Aziz, berikut merupakan ucapan beliau, serta harapannya pada Pertubuhan Geng Kartunis USIM ini.





GENG adalah usaha kecil untuk menghimpunkan bakat-bakat dalam seni lukisan didalam kampus USIM untuk sama-sama berhimpun dan berkongsi fikiran dan tenaga didalam satu unit kecil bagi melakukan usaha dakwah dalam bidang seni lukis ataupun komik.


GENG merupakan unit kecil bawah unit multimedia Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia SPMM. Antara perancangan GENG adalah untuk menghasilkan kartun dakwah secara konsisten atau berkala sekali dalam masa dua minggu dan bakal diterbitkan didalam risalah SPMM untuk edaran di kampus.

Dan jika usaha ini dilakukan secara istiqamah dan tidak terputus tidak mustahil SPMM bakal menerbitkan komik dakwah mereka sendiri yang pertama.

Bakat melukis dan mencongteng adalah anugerah. Betul, tak semua mampu untuk melukis dan mencongteng dan bagi saya alangkah baiknya jika pinjaman bakat dan potensi yang dikurniakan ini digunakan untuk islam dan dakwah.

Saya mengharapkan GENG menjadi medan bagi golongan yang mempunyai bakat, potensi atau minat dalam arena komik untuk berkongsi karya. Besar harapan supaya usaha ini menjadi pencetus dan moga-moga ianya tidak terputus atau terhenti separuh jalan dan moga-moga GENG terus berkembang dan istiqamah dalam menyebarkan dakwah khususnya di bumi USIM.

Jadi saya mewakili GENG menyeru bakat-bakat yang ada untuk sama-sama kita menyumbang fikiran dan tenaga bagi menjayakan usaha dakwah ini. Moga-moga usaha ini dinilai sebagai amalan berpahala dan menjadi saham kita disana.

Dan paling penting pastinya ikhlaskan niat kita bekarya untuk ummah. Doakan supaya kita semua istiqamah dan usaha yang kecil ini berjalan dengan sempurna.


Perantau, 7.09 a.m.
Desa Jati, Nilai.
Read more

Pengenalan Geng Kartunis USIM.

Poster Promosi keahlian pertama GenKU.

Bismillahirrahmanirrahim.



Organisasi

Exco SPMM                      :              Taufiq Ramli & Fatimah Bt Mohd Nor.
Pengerusi                           :               Imran Abdul Aziz
Timbalan                            :               Mariam binti Samani
Setiausaha                          :               Siti Ruqaiyah Bt Md Yusof
Unit Perhubungan               :               Wajihah binti Atiqullah & 'Athirah Yunus

Ketua Editor                      :              Ahmad Kushairi
Editor Pengurusan              :              Mohd Fathie Bin Md Ramli


Pengenalan.


Geng Kartunis USIM (GenKU) telah ditubuhkan pada satu tarikh keramat 24 Mac 2011, apabila berlangsungnya mesyuarat pertama mereka. Pada awal penubuhannya, dihadiri oleh 22 orang daripada ahli berdaftar, dan kini ahlinya mencecah 50 orang. Kini GenKU mengorak langkah dipersada seni dakwah, sebaris dengan para kartunis dakwah yang lain.


Semoga kita golongan terawal inilah yang memastikan GenKU terus bernafas di bumi USIM, menyampaikan risalah dakwah berbentuk komik. Perkembangan GenKU sekarang, boleh juga di dapati di PAGE GenKU. GenKu juga sedang dalam usaha menerbitkan komik dakwah pertama, D'ART, bersama tema Let's stroke the ink for dakwah.


Semoga perjuangan GenKU tidak berakhir di sini, dan diteruskan dengan penerbitan animasi untuk beberapa tahun akan datang. Dan kitalah antara penyokong yang memastikan perjuangan ini tidak pudar, insya Allah.
Read more