Bismillahirrahmanirrahim...
1.0 LATAR BELAKANG
Bengkel Photoshop 2011 ini dilaksanakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada ahli GENG Kartunis USIM sesi 2011/2012 yang bernaung di bawah unit IT, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengenali dan mendalami software Photoshop.
Adalah penting bagi setiap ahli mendalami software ini kerana software ini adalah antara software yang popular dan mudah dikendalikan dan digunakan dalam urusan mengedit dan menperbaiki mutu komik yang dihasilkan.
2.0 OBJEKTIF
i) Menggalakkan aktiviti kreatif dan inovatif dalam kalangan ahli bagi meningkatkan kualiti komik dalam usaha memyebarkan dakwah berdasarkan medium lukisan.
ii) Sebagai wadah untuk mengasah bakat IT ahli GENG Kartunis USIM.
iii) Medan untuk membina silaturrahim sesama ahli memandangkan para peserta terdiri daripada sebuah organisasi yang baru dibentuk.
3.0 TEMPAT, TARIKH DAN HARI
Tempat : BTS 2.5 FKP
Tarikh : 30 Jun 2011
Hari : Khamis
4.0 ATUR CARA PROGRAM
Rujuk Lampiran A
5.0 JAWATANKUASA PENGANJUR
Rujuk Lampiran B
6.0 PESERTA
Keseluruhan peserta adalah seramai
Rujuk Lampiran C
7.0 LAPORAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran D
8.0 CABARAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI
i) Sukar mendapatkan tarikh yang sesuai kerana kebanyakan ahli sibuk dengan persediaan peperiksaan akhir.
ii) Sukar mendapatkan kehadiran semua ahli memandangkan program ini dibuat semasa semester pendek, di mana semester ini hanya disertai oleh mahasiswa/i yang berada di tahun 1.
iii) Sukar mendapatkan tempat yang selesa kerana kurang informasi tentang prosedur tempahan tempat.
iv) Tempat terpaksa diubah di saat akhir kerana kekurangan fasiliti. Dari BKS 2.1 kepada BTS 2.5 FKP.
v) Kurangnya fasilitator yang berpengalaman dalam bidang IT terutamanya Photoshop.
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
i) Memasukkan Bengkel Photoshop ke dalam takwim GENG Kartunis USIM untuk membolehkan jadual kerja digerakkan lebih awal.
ii) Perlu membentuk jawatankuasa menguruskan program supaya lebih tratur dan sistematik.
iii) Perlu mencari fasilitator yang berpengalaman lebih ramai untuk mengawal situasi.
iv) Perlu memperluaskan penyertaan supaya lebih ramai peserta atau jika tidak, penyertaan di buka kepada semua mahasiswa/i USIM yang berminat.
10.0 KESIMPULAN
Pada keseluruhannya Bengkel Photoshop 2011 oleh GENG Kartunis USIM sebagai program perintis telah berjaya mencapai objektifnya. Ucapan penghargaan diberikan kepada pihak penaung, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) yang menyokong penuh pelaksanaan program ini dengan bantuan kewangan dan juga kelulusan program.Tidak lupa kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk GENG Kartunis USIM 2011 dan wakil dari unit IT, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).
Disediakan oleh,
Mariam binti Samani
Setiausaha GENG Kartunis USIM 2011/2012,
Pelajar Fst Sesi 2011/2012
Tarikh: 4 August 2011
Disemak oleh,
Mohamad Taufiq Ramli
Pengarah Program Bengkel Photoshop GENG Kartunis USIM 2011/2012
Pelajar Fst Sesi 2011/2012
Tarikh: 4 August 2011
Untuk lampiran, klik di
sini.