Followers

Penggunaan Paint Tool SAI.



Bismillahirrahmanirrahim.


Apa itu Paint Tool SAI?


PaintTool Sài adalah  berkualiti dan perisian lukisan ringan, menyokong penuh digitizer,lukisan anti-aliased mengagumkan, menyediakan operasi yang mudah dan stabil, dan perisian ini membuat seni digital lebih menyeronokkan dan selesa.
   



Ciri-ciri:


- Sokongan digitizer yang penuh serta dengan tekanan.
- lukisan mengagumkan anti-aliased.
- Komposisi yang amat tepat dengan saluran ARGB 16bit.
- Mudah tetapi yang sangat hebat , serta mudah untuk belajar.
- Menyokong penuh Intel Technology MMX.
- Data perlindungan fungsi untuk mengelakkan pemberhentian yang tidak normal seperti pepijat.



Ingin belajar menggunakan SAI?


Di sini kami sertakan link Tutorial.




http://artistshospital.deviantart.com/art/Paint-Tool-SAI-Tutorials-130275466

http://www.youtube.com/watch?v=PPuNVn4_9bU

dan sebagainya..

Selamat Mencuba!
Read more

Minit Mesyuarat Online: Jawatankuasa untuk program geng sempena KARSIS



Tempat: Chatbox Group Geng Facebook.
Masa: 10.00 am, 4 Ogos 2011.



Pengarah: Ahmad Kushairi Embong (0145146164)

Timbalan Pengarah: Taufiq Ramli (0145061792)

Setiausaha: Samahah (0133332931)

Bendahari: 'Athirah Yunus (0136604313)

AJK Aktiviti & Program: Ruqaiyah & Fatimah Mohd Nor

AJK Logistik: Sofian & Amir Syafiq

AJK Teknikal: BobRenggos & Nabila Aziz

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN:

1-Bookmark dalam bentuk lukisan + flyers
PIC: IMRAN

2-Komik dakwah (risalah sekali)
PIC: AFIFAH

3-Button
PIC: MARIAM
-untuk design dibantu oleh RUQAIYAH, BOBRENGGOS, ERMA

4-Kalendar (by bulan)
PIC:IMRAN

5-Pendaftaran ahli baru
PIC: RAIHAN & WAJIHAH

6-Pertandingan buat komik/kartun (ni kalau ada bajet lebih daripada SPMM)



Tindakan PIC:

-sila rancang cara pelaksanaan aktiviti/program masing2 (sangat penting untuk memastikan sambutan dan kelancaran gerak kerja)
-take note bajet (jika perlu)
-design
-take note perkara berbangkit

*Kepada ahli yang berminat untuk melibatkan diri bolehlah mesej via hp kepada IMRAN (0136422789) atau RAIHAN (0145124585). Kerjasama daripada semua ahli amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*Sebarang pertanyaan atau masalah sila berhubung dengan IMRAN atau RAIHAN.

*InsyaALLAH satu perjumpaan dengan semua ahli akan diadakan buka sem nanti sebelum KARSIS.masa dan tempat akan diberitahu kemudian.Kehadiran semua ahli amatlah dihargai.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNYA dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"(As-saff:4)

TERIMA KASIH.

Read more

Apa Hukum Melukis Gambar?


Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah menjadi kelaziman, apabila terlibat dengan bidang lukisan, pasti kita akan diajukan pertanyaan, 
"bukankah haram melukis gambar?"
Maka di sini, kami mencari jawapan agar tidaklah kita terjerumus kepada perkara yang salah. Hasil pencarian kami menemui beberapa hujah yang membenarkan melukis untuk tujuan dakwah. Berikut merupakan hujah-hujah yang dapat menyokong:

Pertama:

"Sekiranya si pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi Allah Taala dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah, maka para ulama yang tidak mengharamkan lukisan akan menyatakan bahawa tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan." 
Petikan ini diambil dari sini. Untuk pembacaan penuh, sila klik pada link.



Kedua:
Sila klik untuk besarkan.

Gambar ini diambil dari Facebook, page Ustaz Azhar Idrus.



Ketiga:


Berikut merupakan kesimpulan daripada website UZAR. [Untuk pembacaan penuh, sila klik pada link...]

Kesimpulan dari website ini:

1.       Menunjukkan sunnah Nabi s.a.w adalah mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran mesej Islam kepada masyarakat bagi menarik perhatian, mengelak jemu dan bosan.

2.       Perlunya mempelbagaikan teknik penyampaian. Tindakan mempelbagaikan kaedah dan teknik ini adalah juga sunnah.

3.       Mesej Islam adalah sama, ia digelar thawabit, namun pendekatan, teknik mengajak, memaklum dan jalan pelaksanaan boleh berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w, ia adalah mutaghayyirat.

4.       Cara dan teknik dakwah HARUS dipelbagai selagi tiada nas qat’ie yang putus mengharamkan sesesuatu cara yang ingin diadaptasi. Jika ada yang mendakwa ingin perlu meminium arak bagi menarik perhatian peminum arak, itu adalah jelas pelaksanaan yang ditolak dan haram. Namun begitu, berdakwah dengan alatan moden yang tiada diguna secara specifik di zaman Nabi seperti penulisan novel, cerpen, kartun, animasi, filem, e-book, kuiz, muzik pada kadar berpatutan dan sebagainya masih dalam lingkungan HARUS selagi pembuat tersebut berpegang kepada pendapat ulama yang mengharuskan.

5.       Mempelbagaikan teknik dakwah dengan mengubah perumpamaan yang disebutkan oleh Nabi juga masih dalam lingkungan HARUS SELAGI INTI DAN MESEJNYA MEMBAWA TUJUAN YANG SAMA. Selagi tiada pengharaman atau tegahan dalam hal itu.

6.       Perbezaan teknik dan pelaksanaan itu bukan sahaja dalam bab yang kecil dan teknikal seperti contoh di atas, malah juga melibatkan apa sahaja teknik baru pendekatan dakwah seperti menubuhkan NGO, pelaksanaan shura secara Annual General Meeting (AGM), parti politik dalam sistem demokrasi (dengan syarat ia sebagai wasilah dan tiada keredhaan terhadap kesalahan dalam sistem tersebut) khususnya di waktu sistem ini memonopoli dunia.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua. Sebarang perkongsia, perbincangan atau pembetulan adalah dialu-alukan. Sekian dari kami.

Read more

LAPORAN BENGKEL PHOTOSHOP 2011


Bismillahirrahmanirrahim...


1.0          LATAR BELAKANG

Bengkel Photoshop 2011 ini dilaksanakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada ahli GENG Kartunis USIM sesi 2011/2012 yang bernaung di bawah unit IT, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengenali dan mendalami software Photoshop.

Adalah penting bagi setiap ahli mendalami software ini kerana software ini adalah antara software yang popular dan mudah dikendalikan dan digunakan dalam urusan mengedit dan menperbaiki mutu komik yang dihasilkan.

2.0      OBJEKTIF


i)              Menggalakkan aktiviti kreatif dan inovatif dalam kalangan ahli bagi meningkatkan kualiti komik dalam usaha memyebarkan dakwah berdasarkan medium lukisan.

ii)             Sebagai wadah untuk mengasah bakat IT ahli GENG Kartunis USIM.

iii)            Medan untuk membina silaturrahim sesama ahli memandangkan para peserta terdiri daripada sebuah organisasi yang baru dibentuk.

3.0          TEMPAT, TARIKH DAN HARI

Tempat           :           BTS 2.5 FKP
Tarikh             :           30 Jun 2011
Hari                 :           Khamis

4.0          ATUR CARA PROGRAM

Rujuk Lampiran A


5.0        JAWATANKUASA PENGANJUR


Rujuk Lampiran B

6.0          PESERTA

            Keseluruhan peserta adalah seramai
            Rujuk Lampiran C

7.0         LAPORAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran D

8.0         CABARAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI


i)              Sukar mendapatkan tarikh yang sesuai kerana kebanyakan ahli sibuk dengan persediaan peperiksaan akhir.
ii)             Sukar mendapatkan kehadiran semua ahli memandangkan program ini dibuat semasa semester pendek, di mana semester ini hanya disertai oleh mahasiswa/i yang berada di tahun 1.
iii)            Sukar mendapatkan tempat yang selesa kerana kurang informasi tentang prosedur tempahan tempat.
iv)           Tempat terpaksa diubah di saat akhir kerana kekurangan fasiliti. Dari BKS 2.1 kepada BTS 2.5 FKP.
v)            Kurangnya fasilitator yang berpengalaman dalam bidang IT terutamanya Photoshop.

9.0         CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


i)              Memasukkan Bengkel Photoshop ke dalam takwim GENG Kartunis USIM untuk membolehkan jadual kerja digerakkan lebih awal.
ii)             Perlu membentuk jawatankuasa menguruskan program supaya lebih tratur dan sistematik.
iii)            Perlu mencari fasilitator yang berpengalaman lebih ramai untuk mengawal situasi.
iv)           Perlu memperluaskan penyertaan supaya lebih ramai peserta atau jika tidak, penyertaan di buka kepada semua mahasiswa/i USIM yang berminat.


10.0       KESIMPULAN   


Pada keseluruhannya Bengkel Photoshop 2011 oleh GENG Kartunis USIM sebagai program perintis telah berjaya mencapai objektifnya. Ucapan penghargaan diberikan kepada pihak penaung, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) yang menyokong penuh pelaksanaan program ini dengan bantuan kewangan dan juga kelulusan program.Tidak lupa kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk GENG Kartunis USIM 2011 dan wakil dari unit IT, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).






Disediakan oleh,


Mariam binti Samani
Setiausaha GENG Kartunis USIM 2011/2012,
Pelajar Fst Sesi 2011/2012
Tarikh: 4 August 2011



Disemak oleh,


Mohamad Taufiq Ramli
Pengarah Program Bengkel Photoshop GENG Kartunis USIM 2011/2012
 Pelajar Fst Sesi 2011/2012
Tarikh: 4 August 2011


Untuk lampiran, klik di sini.
Read more

Minit Mesyuarat Geng Kartunis USIM (SPMM) Kali ke-2.




Tarikh:  10 Jun 2011
Masa:    Pukul 10 Pagi 
Tempat: BTS 2.6


 

Kehadiran

Imran Bin Abdul Aziz

Raihan Ashikin Binti Mohd Nor

Mariam Binti Samani

Wajihah Binti Atiqullah

Mohd Taufiq Bin Ramli

'Athirah Binti Yunus

Asma' Binti Mohd Puad Halmi

Mohamad Alsofian Bin Adli

Afifah Binti Abdul Malek





Agenda Majlis
  1. Pembukaan majlis
    1. Majlis dibuka dengan umul furqan al-Fatihah
    2. Pengerusi memberi kata-kata aluan
    3. Pengerusi membentang agenda
    4. Taaruf

     
  2. Agenda mesyuarat
    2.1 cadangan program oleh ahli:

    2.1.1 Bengkel kartunis

    2.1.2 Komik isu /Peristiwa

    2.1.3 blog

    2.1.4 Bengkel photoshop

    2.1.5 Lawatan

    2.1.6 Komik SPMM

    2.1.7 T-shirt

    2.1.8 Badges

    2.1.9 Perhubungan antara university

    2.1.10 Booth

    2.1.11 pertandingan melukis


    2.2 Mesyuarat bersetuju mengadakan bengkel photoshop pada tarikh 30 Jun 2011 jam 10-1 p.m
    2.2.1 PIC BENGKEL PHOTOSHOP ditaklifkan pada Mohd Taufiq Bin Ramli


    2.3 Booth GENG akan di 'set up' dalam apa-apa karnival sama ada bersama SPMM atau sendiri.

    2.3.1 PIC booth akan dipilih tertakluk pada kelapangan ahli.
         2.4 Mesyuarat bersetuju untuk 'set up' sebuah blog.

         2.4.1 PIC yang ditetapkan ialah Mohamad Alsofian Bin Adli

   
         2.5 Rancangan menerbitkan Komik SPMM menjelang akhir tahun2012.

2.5.1 Untuk merealisasikan penerbitan ini, setiap ahli diwajibkan menghantar minimum sebuah komik yang panjangnya minimum 3 page.
  
        2.6 Memeriahkan "Facebook group" GENG

                        2.6.1 Satu post setiap hari.

   
        2.7 Risalah isu semasa/peristiwa

2.7.1 Mesyuarat bersetuju membuat pembahagian kepada ahli untuk melukis dalam tema-tema tertentu.
2.7.2 Mesyuarat mengesyorkan agar ahli membuat list peristiwa /isu semasa untuk dibawa ke mesyarat akan datang sama ada membuat list sendiri atau di "FB group".
2.7.3 Mesyuarat merancang membincangkan hal berkaitan dalam perjumpaan selepas bengkel Photoshop diadakan.
   
       2.8 Mesyuarat merancang mengadakan Bengkel Kartunis pada 1 Oktober 2011.

                       2.8.1 PIC Bengkel Kartunis ialah Mariam Binti Samani.


Penutup


3.1 Hal-hal berbangkit
3.2 "Round table"
3.3 Tazkirah ringkas
    3.3.1 "sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat pada orang lain"
    3.3.2 "kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua"
3.4 Majlis ditangguh dengan tasbih kafarah dan surah al-'Asr.

  

Disediakan oleh,


 

Mariam binti Samani

Setiausaha GENG kartunis USIM

Tarikh: 12 Jun 2011
Read more