Followers

Laporan Bengkel Kartunis D'Art (bersama Sahabat Al-Fityan PMRAM).


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas bersamaan 24 September 2011, satu bengkel iaitu Bengkel Kartunis D'Art 2011 anjuran Geng Kartunis SPMM USIM telah berjaya diadakan. Bengkel yang dihadiri seramai 23 orang itu telah diadakan di Dewan Kuliah Sederhana (DKU) 1.1 bertempat di Fakuliti Syariah Undang-Undang (FSU) bermula pada pukul 8.30 a.m. sehingga 5.00 p.m.

Objektif utama bengkel ini ialah mendedahkan peserta dengan teknik melukis dan mewarna menggunakan aplikasi komputer, meningkatkan kemahiran peserta dalam mengembangkan karya kreatif mereka dan menghasilkan karya dengan cara yang lebih menarik dan efektif, melatih daya pemikiran kreatif dalam menghasilkan karya dakwah, membantu mempelbagaikan metod dakwah agar diterima oleh semua lapisan masyarakat dalam dan luar kampus dan tidak lupa juga  untuk menerapkan tasawwur islam melalui dakwah siber dan ilustrasi dengan kemahiran yang dimiliki.

            Tetamu jemputan kami pada bengkel kali ini terdiri daripada kartunis Sahabat Al-Fityan PMRAM yang diwakili oleh Ustaz Farid Rashidi, Ustaz Mohamad Naqib Mohd Bakhudin, serta Ustaz Mohd Rushdi Tahiruddin. Pengisian bengkel ialah dimulai dengan Slot ‘Teknik Asas Melukis’ , diikuti dengan ‘Teknik Melukis Latar belakang’ dan ‘Teknik Asas Mewarna’. Bagi mengakhiri bengkel, pihak tetamu jemputan memberikan hadiah bagi peserta terbaik dalam melengkapkan lukisan masing-masing.

Secara tuntasnya, bengkel ini merupakan bengkel lukisan yang pertama di USIM dan dijangka akan diteruskan dengan bengkel yang seumpamanya pada masa akan datang. Oleh yang demikian, bagi ahli Geng Kartunis SPMM atau sesiapa yang terlepas, bolehlah menyertainya pada waktu lain. Pihak kami berharap dengan terlaksananya bengkel ini dan seumpamanya, Geng Kartunis SPMM mampu berdiri setanding dengan kartunis-kartunis tanah air serta dapat menghasilkan komik yang berkualiti, bukan sahaja dari segi isi, malah dari segi persembahannya. Semoga gerak kerja dakwah melalui komik, bukan lagi sekadar angan-angan, malah menjadi realiti di bumi USIM.


Slot 'Teknik Asas Melukis' dan 'Teknik Melukis Latar Belakang'.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.

Peserta ketika bengkel berlangsung.

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Farid Rashidi.

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Naqib. 


Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Rushdi.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.






Sekian, Terima Kasih.


Disediakan oleh,

Ruqaiyah Hmy.

Read more

Bengkel Lukisan bersama sahabat Al-Fityan

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada hari Sabtu akan datang, ahli jawatan kuasa Geng Kartunis USIM akan mengadakan Bengkel Lukisan bersama sahabat Al-Fityan. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu (24hb September 2011)
Tempat : DKS 1.2 FSUMasa : 8am - 5pm





*Sila  bawa laptop dan extension untuk sesi coloring, kalau boleh dah siap install photoshop.


*Sarapan, makan tengah hari dan minum petang disediakan.


*Sesiapa yang berminat, hantarkan nama  dan nombor matrik kepada saudara Imran (013-6422789) selewat-lewatnya Jumaat(23/9/2011).


Sekian, Terima Kasih.
Read more