Followers

GenKU Gathering End Year 2011.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh: 23/12/2011
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam
Tempat: Cafe FSU

Kehadiran:

  1. Ruqaiyah
  2. Atikah
  3. Nadia
  4. 'Athirah
  5. Afifah
  6. Izzati
  7. Mariam
  8. Fatimah
  9. Nabila Aziz
  10. Amierah
  11. Wajihah
  12. Kushairi
  13. Akmal
  14. Fathie
  15. Fadil Hadi
  16. Faiz Helmi
  17. Imran
  18. Hairon
  19. Taufiq

Alhamdulillah, Jamuan Akhir Tahun berlangsung dengan jayanya sempena meraikan jerih perih ahli geng selama ini bekerjasama  menjayakan setiap aktiviti Genku. Tirai 2011 hampir melabuhkan diri, sepanjang semester tiga, banyak aktiviti yang sudah berjaya dilaksanakan. Antaranya:

1. KARSIS

2. Pertandingan Melukis Komik sempena KARSIS

Antara peserta yang mendapat tempat.

Antara peserta yang mendapat tempat.


3. Bengkel D'Art 1 dan 2.
Mariam Samani membentangkan tajuk Taknik-teknik membuat komik.

Apliksai teori melukis anatomi manusia.

Penambahan teknik melukis tudung.

Peserta tekun mendengar

Praktiskan apa yang yang di ajar.

Flegios membentangkan tajuk How To Draw Manga.

Manga yang diajarkan.

Ruqaiyah membentangkan teknik asas mewarna.

Imran Abd Aziz membentangkan Cara menggunakan Paint Tool SAI.

Contoh Chibi yang diajarkan oleh Flegios.
4. Gerak kerja untuk menghasilkan komik D'Art yang akan diterbitkan pada mac 2012. Insya Allah. 

5. Dan terakhir, Jamuan akhir tahun 2011 GenKU.








Jamuan ini juga sempena meraikan Presiden GenKU, Imran Abd Aziz yang akan menjalankan praktikal semester depan, dan atas usaha beliau serta yang lain dalam memulakan serta membangunkan GenKU. Alhamdulillah, bilangan ahli GenKU yang semakin bertambah serta ramainya yang dapat memberi komitmen membuatkan beliau tidak berasa sia-sia atas usaha beliau selama ini, katanya semalam.

Turut diedarkan juga beberapa hasil karya pelukis yang sudah menghantar komik mereka, juga pengedaran button keluaran pertama GenKU. Minggu depan pula, lebih kurang 26/12/2011, komik D'Art trial edition akan di terbitkan sebagai pengenalan kepada warga kampus USIM.


Sekian sahaja laporan aktiviti GenKu.
Wassalam.

Di sediakan oleh,

Ruqaiyah HMY.






Read more

Pertandingan Video Osem APG '11.

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom sahut seruan video dakwah..


dan


Maklumat lanjut?

Tengok sini [klik perkataan sini].
Read more

[Tutorial] Teknik Asas Mewarna Untuk Beginner Pt.1.

Bismillahirrahmanirrahim.

**diambil dari sini.

Saya dah siapkan untuk part satu video ni..insya Allah, sambungannya akan saya terangkan di bengkel sabtu ni (29/10/2011)...dengan harapan, dapatlah mereka hadam atau faham-fahamkan dulu video ni, supaya boleh saya pergi lebih laju..memandangkan masa yang agak singkat, 1 jam.

Untuk Part 2 juga, insya Allah akan diupload selepas bengkel..harap penonton bersabar ye..

Penerangan sedikit tentang video ni:

Pastikan anda banyak menggunakan shortcut key, bagi memudahkan kerja..macam mana nak tahu shortcut key? boleh rujuk di Photoshop anda, Edit> Keyboard Shortcut (atau boleh juga klik Alt+Shift+Ctrl+K)..nanti akan keluar ini:

Dan, diingatkan juga...untuk kerja yang lebih efisien, bina tempat kerja macam ni susunannya:

Atas, navigator bagi mudah menggerakkan image. kemudian, swatch (warna), dan bawah sekali,layer..dan tak lupa juga ditepi tu, yang simbol A (character)..ini adalah antara perkara-perkara yang penting ada, bergantung pada setiap orang. Jika anda biasa letak benda lain, teruskan.

**camane kalau takde?

hmm, pergi dekat window, dan select yang ana cakapkan tadi...senang, kan?

Dan, paling penting sekali, resolution canvas kita tu mestilah tinggi, cthnya ana gune, 300..untuk dapatkan image yang cantik.

Erm, rasanya tu je perkara-perkara penting untuk diambil perhatian...kalau ada apa-apa masalah atau tak faham, tanya ana ye...

Ok, jom belajar...


Ok la, enjoy the video~~wassalam..

By: Ruqaiyah Hmy.
Read more

[Tutorial] Tutorial SAI.

Bismillahirrahmanirrahim..

Anda nak menggunakan Paint Tool SAI? Di sini ada tutorialnya.


credit to: perantaustudio.
Read more

Update Keahlian Anda.

Bismillahirrahmanirrahim Mohon luangkan sedikit masa anda untuk isi borang untuk kemaskini database ahli GenKU. Terima Kasih.
Read more

Jihad is Our Road
















(Surah As-Saf ayat:10-11) Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).


JIHAD DENGAN DIRI

Al-Quran berulang kali menyebutkan jihad harta yang diikuti oleh jihad diri (Al Amwalu Wal Anfus) dengan pengertian bahawa harta hanya akan bermakna dalam melaksanakan jihad apabila manusia sanggup mengorbankan diri sebagai pengerak dan melaksana tuntutan jihad. 

Diri itulah yang sebenarnya menjadi tumpuan utama jihad yang digerakkan oleh kekuatan harta sebagai alat utama jihad. Gandingan antara harta dan diri membolehkan jihad dalam apa bidang sekalipun mencapai matlamatnya iaitu kejayaan yang diredhai Allah Taala. 

Firman Allah Taala: (Surah At-Taubat:111) Ertinya:

Sesungguhnya Allah Taala telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka bahawa dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar............................


MENGAPA PERLU BERJIHAD

Jihad merupakan suatu agenda umat Islam yang berterusan yang wajib dilaksanakan sepanjang zaman kerana musuh utama umat Islam terus memerangi umat Islam. 

Musuh itu ialah syaitan yang menggunakan nafsu manusia untuk menghalang mereka daripada beriman dan menerima kebenaran Islam. Sebaliknya ia mendorong manusia menjadi syirik, kufur dan melakukan maksiat. 

Oleh itu, selama ada syirik, kufur dan maksiat, maka selama itu jihad nafsu dan jihad menentang kepercayaan syirik, amalan kufur dan maksiat masih berterusan. Selain syaitan yang mendorong manusia melakukan kemungkaran, umat Islam bertanggungjawab menegakkan kebenaran, keadilan dan menentang kebatilan dan kezaliman. 

Ini semua menuntut umat Islam meneruskan jihad sesuai dengan tanggungjawab dan cabarannya. Musuh Islam dari jenis manusia tidak akan rela umat manusia hidup mengikut lunas Islam yang ditentukan oleh Allah Taala. Mereka sentiasa menaruh dendam dan berusaha membawa kita hidup mengikut cara mereka terutama pengaruh Yahudi dan Nasrani. 

Ini merupakan cabaran utama umat Islam iaitu menyelamat umat Islam daripada pengaruh Yahudi dan Nasrani, pengaruh ajaran sesat dan budaya sekular (keduniaan) dan materialism (kebendaan) dalam berbagai-bagai bidang, seterusnya menyelamatkan umat manusia daripada jalan yang sesat. Jelasnya, jihad menjadi agenda dakwah Islamiah sepanjang zaman. 



PENGERTIAN JIHAD

Jihad bermaksud segala usaha yang dilakukan dengan sepenuh daya dan tenaga untuk mencapai matlamat dan cita-cita iaitu menegakkan dan mempertahankan Islam pada diri, keluarga dan masyarakat serta mendapatkan keampunan, rahmat dan keredhaan Allah Taala. 

Ringkasnya, jihad ialah perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan prinsip ajaran Islam untuk mencapai tujuan atau matlamat yang diredhai Allah Taala. Daripada pengertian ini dapatlah dirumuskan sifat-sifat seorang mujahid (pejuang):

1. Menyedari bahawa jihad merupakan suatu tanggungjawab mulia yang mesti dilaksanakan sepanjang zaman.
2. Berpegang pada prinsip jihad iaitu jihad kerana Allah Taala.
3. Mempunyai matlamat yang suci dan jelas iaitu menegakkan syariat Islam.
4. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
5. Sedia berkorban dengan diri dan harta dan bersedia menghadapi risiko (akibat buruk) dengan sabar dan redha.

Jihad meliputi segala usaha yang diredhai Allah Taala seperti jihad dengan hati, fikiran, kata-kata dan perbuatan; jihad dengan ilmu dan pena, jihad dengan apa jua alat dan senjata yang dapat dirumuskan sebagai jihad dengan diri dan harta benda. 

Jihad yang suci dan sejati hanyalah jihad Fi Sabillillah iaitu jihad kerana Allah Taala.
(Surah Al-Hujarat: ayat 15) Ertinya: 

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


copy and paste from here.


Read more

Jundullah, takkan mudah tewas.


Bismillahirrahmanirrahim..





Seorang tentera Allah, yang memegang amanah Allah takkan lemah dan jatuh hanya kerana perkara kecil.

Bila mad'u tak menerima dakwah, takkan kecewa..
Bila dihina hanya kerana memegang tanggungjawab, takkan gundah...
Bila terhalang sesuatu urusan hanya kerana perkara kecil, usaha mencari jalan...

Ayuh, tinggalkan semua alasan,
perkukuhkan barisan..
umat islam ini perlukan kita sebagai mad'u..
Siapa lagi yang akan menyahut kalau bukan KITA?

[mesejnya juga disini, kartunis islam takkan rasa lemah dan malu bila lukisan tak cantik, samada usaha untuk perhaluskan skill, atau teruskan melukis beserta mesejnya..yang penting bagi mereka adalah mesej dakwah, bukannya lukisan semata-mata]. Selamat Berkarya...


Gambar Asal.



Drawed by: Flegios
Edited n Colored by: R.H. Cllctnz.
Read more

Panggilan Azan..

Bismillahirrahmanirrahaim...

selepas di edit.
Selaras dengan hasrat GKU sebagai medan dakwah menggunakan kartun, maka ini adalah langkah permulaannya. Setiap ahli GKU digalakkan menghantar karya mereka, sebagai satu medan latihan membuat art dan mengasah bakat di samping berdakwah.

Gambar asal..




**Setiap pelawat blog bebas menghantar karya anda. Bagaimana? Klikkan gambar 'hantar karya anda' di sebelah kanan blog.
Read more

Sedikit Catatan: GKU @t KARSIS.

Gerai GKU bersama SPMM.
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berlalu sudah fatrah promotion GKU buat pelajar-pelajar USIM melalui gerai di KARSIS. Terima kasih juga buat pihak SPMM atas kerjasama dan bantuan kalian, serta tak lupa buat ahli-ahli GKU yang setia turun padang menjaga gerai serta memastikan aktiviti sepanjang gerai berjalan lancar.

Alhamdulillah, kami panjatkan juga kesyukuran atas respon yang diterima daripada pelajar-pelajar USIM sendiri, apabila ramai yang menyertai Pertandingan Melukis Komik. Malah masih ada lagi yang hantar selepas gerai ditutup, menunjukkan kesungguhan mereka menyiapkan komik dalam masa yang singkat.


Berikut merupakan senarai-senarai pemenang yang muktamad, setelah diadili buat kali kedua, disebabkan beberapa penyertaan yang terlewat sampai ke tangan pihak kami:

1.Muhammad Akmal b. Rosli
2. Nur Atikah Bt Munir
3.Nur Anis Farhah Bt Mohd Rosdi.
4. Mohd Fadil Hadi b. Haji Ismail
5. Ezzyrul Shafiq b. Shaarani


Buat yang tak berjaya, usah putus asa. Tak bermakna karya anda tidak hebat, cuma saingannya terlalu sengit. Semua peserta hebat sehinggakan pihak juri susah untuk menentukan pemenangnya. Teruskan berkarya untuk ummah. Buat pengetahuan umum, pihak kami   telah memutuskan bahawa semua peserta-peserta yang menghantar komik akan diterima masuk sebagai ahli GKU, tahniah diucapkan. Semoga dengan kehadiran bakat-bakat baru, GKU mampu melangkah lebih jauh dan merealisasikan impian ummah.

Tidak lupa juga buat ahli-ahli GKU yang telah menjayakan Live Drawing, iaitu Ray Han, Mariam Samani, Fathi, Nabila Aziz, Amirah, Kushairi dan yang lain-lain. Semoga setiap ahli GKU dapat meningkatkan serta mengasah lagi bakat masing-masing yang kian menyerlah.


**maaf jika gambar terlalu sedikit dan diambil hanya pada satu hari.













Sekian dari kami,
Wassalam...

Read more

Let's KARSIS: Jom Sertai Pertandingan Melukis Komik.

Bismillahirrahmanirrahim.


Kunjungi booth kami, di lot corner, bersebelahan dengan booth SPMM..

Kami menyediakan digerai kami:

1. Penjualan bookmark. 
   Terdapat pelbagai kartun menarik yang dilukis sendiri oleh ahli geng.

2. Request Corner. 

-Anda boleh menempah kartun mengikut kehendak anda, caj hanya dikenakan dalam lingkugan RM 5.

Contoh gambar:





-Anda juga boleh menempah gambar potret (berwarna) anda sendiri, dalam bentuk softcopy.

Contoh gambar:


3. Comic Review.
   -Anda juga berpeluang melihat beberapa koleksi komik ahli geng, hanya di booth kami.

4. Live Drawing.
  -Jangan ketinggalan, ajak kawan anda beramai-ramai menyaksikan beberapa pelukis kami melukis secara live hanya di hadapan anda. Esok, Rabu (5/10/2011) dijangkakan lebih ramai pelukis kami akan turun padang untuk melukis secara live. Jangan lepaskan peluang keemasan...

5.Risalah percuma.
  -Setiap pelawat akan menerima risalah percuma dari kami, memuatkan pengenalan Geng Kartunis USIM serta beberapa komik dari ahli Geng. Jika anda tidak mendapatnya, anda berhak menuntut risalah ini. Jangan biarkan anda tercicir risalah keluaran pertama kami.

6. Comic Contest.
  -Aktiviti paling hangat dan menarik digerai kami, pertandingan melukis komik, terbuka kepada semua warga USIM kecuali ahli geng yang telah berdaftar. Anda mempunyai bakat? Jangan sia-siakan bakat anda, sertai kami, serlahkan bakat anda. Hanya di Geng Kartunis USIM.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai poster. Klik untuk besarkan.
Sebarang pertanyaan, bolehlah rujuk kepada kami, atau emailkan kepada gku@myspmm.org..
Read more

Laporan Bengkel Kartunis D'Art (bersama Sahabat Al-Fityan PMRAM).


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas bersamaan 24 September 2011, satu bengkel iaitu Bengkel Kartunis D'Art 2011 anjuran Geng Kartunis SPMM USIM telah berjaya diadakan. Bengkel yang dihadiri seramai 23 orang itu telah diadakan di Dewan Kuliah Sederhana (DKU) 1.1 bertempat di Fakuliti Syariah Undang-Undang (FSU) bermula pada pukul 8.30 a.m. sehingga 5.00 p.m.

Objektif utama bengkel ini ialah mendedahkan peserta dengan teknik melukis dan mewarna menggunakan aplikasi komputer, meningkatkan kemahiran peserta dalam mengembangkan karya kreatif mereka dan menghasilkan karya dengan cara yang lebih menarik dan efektif, melatih daya pemikiran kreatif dalam menghasilkan karya dakwah, membantu mempelbagaikan metod dakwah agar diterima oleh semua lapisan masyarakat dalam dan luar kampus dan tidak lupa juga  untuk menerapkan tasawwur islam melalui dakwah siber dan ilustrasi dengan kemahiran yang dimiliki.

            Tetamu jemputan kami pada bengkel kali ini terdiri daripada kartunis Sahabat Al-Fityan PMRAM yang diwakili oleh Ustaz Farid Rashidi, Ustaz Mohamad Naqib Mohd Bakhudin, serta Ustaz Mohd Rushdi Tahiruddin. Pengisian bengkel ialah dimulai dengan Slot ‘Teknik Asas Melukis’ , diikuti dengan ‘Teknik Melukis Latar belakang’ dan ‘Teknik Asas Mewarna’. Bagi mengakhiri bengkel, pihak tetamu jemputan memberikan hadiah bagi peserta terbaik dalam melengkapkan lukisan masing-masing.

Secara tuntasnya, bengkel ini merupakan bengkel lukisan yang pertama di USIM dan dijangka akan diteruskan dengan bengkel yang seumpamanya pada masa akan datang. Oleh yang demikian, bagi ahli Geng Kartunis SPMM atau sesiapa yang terlepas, bolehlah menyertainya pada waktu lain. Pihak kami berharap dengan terlaksananya bengkel ini dan seumpamanya, Geng Kartunis SPMM mampu berdiri setanding dengan kartunis-kartunis tanah air serta dapat menghasilkan komik yang berkualiti, bukan sahaja dari segi isi, malah dari segi persembahannya. Semoga gerak kerja dakwah melalui komik, bukan lagi sekadar angan-angan, malah menjadi realiti di bumi USIM.


Slot 'Teknik Asas Melukis' dan 'Teknik Melukis Latar Belakang'.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.

Peserta ketika bengkel berlangsung.

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Farid Rashidi.

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Naqib. 


Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Rushdi.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.






Sekian, Terima Kasih.


Disediakan oleh,

Ruqaiyah Hmy.

Read more