Followers

[Tutorial] Berlatih Pentool.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bagi penggemar Photoshop, selepas mahir menggunakan tools yang asas, mereka perlu menguasai penggunaan pentool.

Di sini kami mengambil sedikit tutorial dari website VectorTuts+ (klik pada link untuk pembacaan panjang).

Anda juga boleh menggunakan gambar di bawah sahaja untuk terus berlatih.

Gambar contoh.


1. Download gambar tersebut di sini (save image as).

2. Masukkan dalam Photoshop atau Adobe Illustrator anda.




3. Buat layer baru. Klik pada icon yang dibulatkan.


4. Kemudian, gunakan pentool (icon pen).

5. Mulakan dengan nombor 1. Dan seterusnya.


Selamat mencuba!


Read more

[Karya] Nawaitu.


Bismillahirrahmanirrahim..

Art, credit to Lebah Manis.

Untuk apa lukisanmu?

Di sini ada beberapa situasi:

1. rajin melukis untuk dakwah.
2. rajin melukis untuk asah bakat.
3. rajin melukis untuk dikenali dan dipuji orang.

Ok, kita teliti satu persatu.

1. Kalau melukis kerana Allah dan dakwah,

bayangkan apa yang kita dapat.
Andai kata dengan lukisan kita, tiba-tiba ada seorang berubah dan insaf.

Selagi mana orang membuat kebaikan dengan kartun kita itu, selagi itu kita dapat pahala.
kalau setahun dia buat, setahun la dapat pahala tambahan.

kalau seumur hidup dia? selagi dia hidup, selagi tu kita dapat pahala, sedangkan pahala dia dan pahala kita tak berkurangan pon.


sabda Nabi saw yang bermaksud :
“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam
dia akan memperolehi ganjarannya
dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya
dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka.
Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam
dia akan menanggung dosanya
dan dosa orang yang melakukannya selepasnya
dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka."
( Imam Muslim )


Kemudian, ada pula orang download dan tampal di tempat awam.

Cuba bayangkan, berapa ramai yang dapat ambil iktibar. Kalau setiap tempat awam dipenuhi dengan kartun dakwah, cuba bayangkan kalau dunia ini berubah menjadi baik hanya kerana kartun dakwah! Subhanallah!

Okey, sekarang ni kita dapat:

  •  Redha Allah..
  • Pahala, dan pahala yang digandakan bila orang lain pun turut buat.
  • Skill melukis semakin tajam.


2. Melukis untuk asah bakat

itu je la yang kita dapat.

3. Melukis untuk dikenali dan dipuji orang,

apa yg kita dapat ialah DOSA bila kita riyak dan takjub dengannya.
Selain tu, dibenci orang atas perbuatan menunjuk-nunjuk kita tu, apatah lagi dibenci Allah. Nau'zubillah.




-Sekadar perkongsian. Yang lain boleh la tambah sendiri..^_^ -
Read more