Followers

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

[Aktiviti] Pencarian Bakat Baru Kartunis Komik Dakwah ^^

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum kawan2. Di sini kami ingin menguar-uarkan aktiviti kami yg terbaru. Kami menganjurkan Pencarian Bakat Baru kartunis. Butir-butir seperti dalam poster ni. Ayuh ramai2 sertai. Anda berBAKAT? Cukup SYARAT? CEPAT2, sebelum terLAMBAT!!




Read more

[Aktiviti] Bengkel Kartunis Muda '12.



Anda ingin belajar membuat komik?

Sertai kami,
Bengkel Kartunis Muda (BeKaM) '12
Siri 1: Kaedah Menghasilkan Komik.


Bersama pekomik jemputan, Irfan Foner (pelukis Komik-M, smash20).

Tarikh: 29 April 2012
Masa: 8.30 a.m- 4.00 p.m
Tempat: Dewan Kuliah Sederhana (DKS)1.1, FEM, USIM Nilai.
Bayaran: RM5.

#Terbuka kepada semua (termasuk bukan pelajar USIM).
#Makanan & Sijil disediakan.

Untuk mendaftar bagi pelajar USIM:
SMS Nama, No Telefon, IC, No Matrik, Kolej Kediaman (bagi yang ingin menaiki bas) kepada 'Athirah (013-6604313).

Untuk mendaftar bagi peserta luar:
SMS Nama, No Telefon, IC, *tempat belajar/kerja kepada 'Athirah (013-6604313).
*optional.
Anda juga digalakkan membawa komik sendiri jika ada untuk di nilai.


#Terbuka kepada semua (termasuk bukan pelajar USIM).
#Makanan & Sijil disediakan.

Peta ke USIM:

Read more

[Karya] Salam Imtihan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Harap GenKU tak terlewat lagi mengucapkan Salam Imtiham..
Selamat berjuang sahabat-sahabat..


Read more

GenKU Gathering End Year 2011.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh: 23/12/2011
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam
Tempat: Cafe FSU

Kehadiran:

  1. Ruqaiyah
  2. Atikah
  3. Nadia
  4. 'Athirah
  5. Afifah
  6. Izzati
  7. Mariam
  8. Fatimah
  9. Nabila Aziz
  10. Amierah
  11. Wajihah
  12. Kushairi
  13. Akmal
  14. Fathie
  15. Fadil Hadi
  16. Faiz Helmi
  17. Imran
  18. Hairon
  19. Taufiq

Alhamdulillah, Jamuan Akhir Tahun berlangsung dengan jayanya sempena meraikan jerih perih ahli geng selama ini bekerjasama  menjayakan setiap aktiviti Genku. Tirai 2011 hampir melabuhkan diri, sepanjang semester tiga, banyak aktiviti yang sudah berjaya dilaksanakan. Antaranya:

1. KARSIS

2. Pertandingan Melukis Komik sempena KARSIS

Antara peserta yang mendapat tempat.

Antara peserta yang mendapat tempat.


3. Bengkel D'Art 1 dan 2.
Mariam Samani membentangkan tajuk Taknik-teknik membuat komik.

Apliksai teori melukis anatomi manusia.

Penambahan teknik melukis tudung.

Peserta tekun mendengar

Praktiskan apa yang yang di ajar.

Flegios membentangkan tajuk How To Draw Manga.

Manga yang diajarkan.

Ruqaiyah membentangkan teknik asas mewarna.

Imran Abd Aziz membentangkan Cara menggunakan Paint Tool SAI.

Contoh Chibi yang diajarkan oleh Flegios.
4. Gerak kerja untuk menghasilkan komik D'Art yang akan diterbitkan pada mac 2012. Insya Allah. 

5. Dan terakhir, Jamuan akhir tahun 2011 GenKU.








Jamuan ini juga sempena meraikan Presiden GenKU, Imran Abd Aziz yang akan menjalankan praktikal semester depan, dan atas usaha beliau serta yang lain dalam memulakan serta membangunkan GenKU. Alhamdulillah, bilangan ahli GenKU yang semakin bertambah serta ramainya yang dapat memberi komitmen membuatkan beliau tidak berasa sia-sia atas usaha beliau selama ini, katanya semalam.

Turut diedarkan juga beberapa hasil karya pelukis yang sudah menghantar komik mereka, juga pengedaran button keluaran pertama GenKU. Minggu depan pula, lebih kurang 26/12/2011, komik D'Art trial edition akan di terbitkan sebagai pengenalan kepada warga kampus USIM.


Sekian sahaja laporan aktiviti GenKu.
Wassalam.

Di sediakan oleh,

Ruqaiyah HMY.






Read more

Sedikit Catatan: GKU @t KARSIS.

Gerai GKU bersama SPMM.
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berlalu sudah fatrah promotion GKU buat pelajar-pelajar USIM melalui gerai di KARSIS. Terima kasih juga buat pihak SPMM atas kerjasama dan bantuan kalian, serta tak lupa buat ahli-ahli GKU yang setia turun padang menjaga gerai serta memastikan aktiviti sepanjang gerai berjalan lancar.

Alhamdulillah, kami panjatkan juga kesyukuran atas respon yang diterima daripada pelajar-pelajar USIM sendiri, apabila ramai yang menyertai Pertandingan Melukis Komik. Malah masih ada lagi yang hantar selepas gerai ditutup, menunjukkan kesungguhan mereka menyiapkan komik dalam masa yang singkat.


Berikut merupakan senarai-senarai pemenang yang muktamad, setelah diadili buat kali kedua, disebabkan beberapa penyertaan yang terlewat sampai ke tangan pihak kami:

1.Muhammad Akmal b. Rosli
2. Nur Atikah Bt Munir
3.Nur Anis Farhah Bt Mohd Rosdi.
4. Mohd Fadil Hadi b. Haji Ismail
5. Ezzyrul Shafiq b. Shaarani


Buat yang tak berjaya, usah putus asa. Tak bermakna karya anda tidak hebat, cuma saingannya terlalu sengit. Semua peserta hebat sehinggakan pihak juri susah untuk menentukan pemenangnya. Teruskan berkarya untuk ummah. Buat pengetahuan umum, pihak kami   telah memutuskan bahawa semua peserta-peserta yang menghantar komik akan diterima masuk sebagai ahli GKU, tahniah diucapkan. Semoga dengan kehadiran bakat-bakat baru, GKU mampu melangkah lebih jauh dan merealisasikan impian ummah.

Tidak lupa juga buat ahli-ahli GKU yang telah menjayakan Live Drawing, iaitu Ray Han, Mariam Samani, Fathi, Nabila Aziz, Amirah, Kushairi dan yang lain-lain. Semoga setiap ahli GKU dapat meningkatkan serta mengasah lagi bakat masing-masing yang kian menyerlah.


**maaf jika gambar terlalu sedikit dan diambil hanya pada satu hari.













Sekian dari kami,
Wassalam...

Read more

Let's KARSIS: Jom Sertai Pertandingan Melukis Komik.

Bismillahirrahmanirrahim.


Kunjungi booth kami, di lot corner, bersebelahan dengan booth SPMM..

Kami menyediakan digerai kami:

1. Penjualan bookmark. 
   Terdapat pelbagai kartun menarik yang dilukis sendiri oleh ahli geng.

2. Request Corner. 

-Anda boleh menempah kartun mengikut kehendak anda, caj hanya dikenakan dalam lingkugan RM 5.

Contoh gambar:





-Anda juga boleh menempah gambar potret (berwarna) anda sendiri, dalam bentuk softcopy.

Contoh gambar:


3. Comic Review.
   -Anda juga berpeluang melihat beberapa koleksi komik ahli geng, hanya di booth kami.

4. Live Drawing.
  -Jangan ketinggalan, ajak kawan anda beramai-ramai menyaksikan beberapa pelukis kami melukis secara live hanya di hadapan anda. Esok, Rabu (5/10/2011) dijangkakan lebih ramai pelukis kami akan turun padang untuk melukis secara live. Jangan lepaskan peluang keemasan...

5.Risalah percuma.
  -Setiap pelawat akan menerima risalah percuma dari kami, memuatkan pengenalan Geng Kartunis USIM serta beberapa komik dari ahli Geng. Jika anda tidak mendapatnya, anda berhak menuntut risalah ini. Jangan biarkan anda tercicir risalah keluaran pertama kami.

6. Comic Contest.
  -Aktiviti paling hangat dan menarik digerai kami, pertandingan melukis komik, terbuka kepada semua warga USIM kecuali ahli geng yang telah berdaftar. Anda mempunyai bakat? Jangan sia-siakan bakat anda, sertai kami, serlahkan bakat anda. Hanya di Geng Kartunis USIM.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai poster. Klik untuk besarkan.
Sebarang pertanyaan, bolehlah rujuk kepada kami, atau emailkan kepada gku@myspmm.org..
Read more

Laporan Bengkel Kartunis D'Art (bersama Sahabat Al-Fityan PMRAM).


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas bersamaan 24 September 2011, satu bengkel iaitu Bengkel Kartunis D'Art 2011 anjuran Geng Kartunis SPMM USIM telah berjaya diadakan. Bengkel yang dihadiri seramai 23 orang itu telah diadakan di Dewan Kuliah Sederhana (DKU) 1.1 bertempat di Fakuliti Syariah Undang-Undang (FSU) bermula pada pukul 8.30 a.m. sehingga 5.00 p.m.

Objektif utama bengkel ini ialah mendedahkan peserta dengan teknik melukis dan mewarna menggunakan aplikasi komputer, meningkatkan kemahiran peserta dalam mengembangkan karya kreatif mereka dan menghasilkan karya dengan cara yang lebih menarik dan efektif, melatih daya pemikiran kreatif dalam menghasilkan karya dakwah, membantu mempelbagaikan metod dakwah agar diterima oleh semua lapisan masyarakat dalam dan luar kampus dan tidak lupa juga  untuk menerapkan tasawwur islam melalui dakwah siber dan ilustrasi dengan kemahiran yang dimiliki.

            Tetamu jemputan kami pada bengkel kali ini terdiri daripada kartunis Sahabat Al-Fityan PMRAM yang diwakili oleh Ustaz Farid Rashidi, Ustaz Mohamad Naqib Mohd Bakhudin, serta Ustaz Mohd Rushdi Tahiruddin. Pengisian bengkel ialah dimulai dengan Slot ‘Teknik Asas Melukis’ , diikuti dengan ‘Teknik Melukis Latar belakang’ dan ‘Teknik Asas Mewarna’. Bagi mengakhiri bengkel, pihak tetamu jemputan memberikan hadiah bagi peserta terbaik dalam melengkapkan lukisan masing-masing.

Secara tuntasnya, bengkel ini merupakan bengkel lukisan yang pertama di USIM dan dijangka akan diteruskan dengan bengkel yang seumpamanya pada masa akan datang. Oleh yang demikian, bagi ahli Geng Kartunis SPMM atau sesiapa yang terlepas, bolehlah menyertainya pada waktu lain. Pihak kami berharap dengan terlaksananya bengkel ini dan seumpamanya, Geng Kartunis SPMM mampu berdiri setanding dengan kartunis-kartunis tanah air serta dapat menghasilkan komik yang berkualiti, bukan sahaja dari segi isi, malah dari segi persembahannya. Semoga gerak kerja dakwah melalui komik, bukan lagi sekadar angan-angan, malah menjadi realiti di bumi USIM.


Slot 'Teknik Asas Melukis' dan 'Teknik Melukis Latar Belakang'.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.

Peserta ketika bengkel berlangsung.

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Farid Rashidi.

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Naqib. 


Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Rushdi.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.

Slot 'Teknik Asas Mewarna'.






Sekian, Terima Kasih.


Disediakan oleh,

Ruqaiyah Hmy.

Read more