Followers

Apa Hukum Melukis Gambar?


Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah menjadi kelaziman, apabila terlibat dengan bidang lukisan, pasti kita akan diajukan pertanyaan, 
"bukankah haram melukis gambar?"
Maka di sini, kami mencari jawapan agar tidaklah kita terjerumus kepada perkara yang salah. Hasil pencarian kami menemui beberapa hujah yang membenarkan melukis untuk tujuan dakwah. Berikut merupakan hujah-hujah yang dapat menyokong:

Pertama:

"Sekiranya si pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi Allah Taala dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah, maka para ulama yang tidak mengharamkan lukisan akan menyatakan bahawa tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan." 
Petikan ini diambil dari sini. Untuk pembacaan penuh, sila klik pada link.



Kedua:
Sila klik untuk besarkan.

Gambar ini diambil dari Facebook, page Ustaz Azhar Idrus.



Ketiga:


Berikut merupakan kesimpulan daripada website UZAR. [Untuk pembacaan penuh, sila klik pada link...]

Kesimpulan dari website ini:

1.       Menunjukkan sunnah Nabi s.a.w adalah mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran mesej Islam kepada masyarakat bagi menarik perhatian, mengelak jemu dan bosan.

2.       Perlunya mempelbagaikan teknik penyampaian. Tindakan mempelbagaikan kaedah dan teknik ini adalah juga sunnah.

3.       Mesej Islam adalah sama, ia digelar thawabit, namun pendekatan, teknik mengajak, memaklum dan jalan pelaksanaan boleh berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w, ia adalah mutaghayyirat.

4.       Cara dan teknik dakwah HARUS dipelbagai selagi tiada nas qat’ie yang putus mengharamkan sesesuatu cara yang ingin diadaptasi. Jika ada yang mendakwa ingin perlu meminium arak bagi menarik perhatian peminum arak, itu adalah jelas pelaksanaan yang ditolak dan haram. Namun begitu, berdakwah dengan alatan moden yang tiada diguna secara specifik di zaman Nabi seperti penulisan novel, cerpen, kartun, animasi, filem, e-book, kuiz, muzik pada kadar berpatutan dan sebagainya masih dalam lingkungan HARUS selagi pembuat tersebut berpegang kepada pendapat ulama yang mengharuskan.

5.       Mempelbagaikan teknik dakwah dengan mengubah perumpamaan yang disebutkan oleh Nabi juga masih dalam lingkungan HARUS SELAGI INTI DAN MESEJNYA MEMBAWA TUJUAN YANG SAMA. Selagi tiada pengharaman atau tegahan dalam hal itu.

6.       Perbezaan teknik dan pelaksanaan itu bukan sahaja dalam bab yang kecil dan teknikal seperti contoh di atas, malah juga melibatkan apa sahaja teknik baru pendekatan dakwah seperti menubuhkan NGO, pelaksanaan shura secara Annual General Meeting (AGM), parti politik dalam sistem demokrasi (dengan syarat ia sebagai wasilah dan tiada keredhaan terhadap kesalahan dalam sistem tersebut) khususnya di waktu sistem ini memonopoli dunia.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua. Sebarang perkongsia, perbincangan atau pembetulan adalah dialu-alukan. Sekian dari kami.

0 comments:

Post a Comment