Followers

[Karya] L.O.V.E.

Bismillahirrahmanirrahim.




“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya” -Hadith

cinta vs CINTA.

"Cinta kecil itu, adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini". 

"Cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia dari cinta keliru ini, kerana sekurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali… juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan di antara satu sama lain".


"CINTA sebenar itu harus terbit dari emosi dan naluri fitrah manusia… namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini".
"Cinta yang ada ‘sense of begin with the end in mind‘." -saifulislam.com

0 comments:

Post a Comment