Followers

Jihad is Our Road
















(Surah As-Saf ayat:10-11) Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).


JIHAD DENGAN DIRI

Al-Quran berulang kali menyebutkan jihad harta yang diikuti oleh jihad diri (Al Amwalu Wal Anfus) dengan pengertian bahawa harta hanya akan bermakna dalam melaksanakan jihad apabila manusia sanggup mengorbankan diri sebagai pengerak dan melaksana tuntutan jihad. 

Diri itulah yang sebenarnya menjadi tumpuan utama jihad yang digerakkan oleh kekuatan harta sebagai alat utama jihad. Gandingan antara harta dan diri membolehkan jihad dalam apa bidang sekalipun mencapai matlamatnya iaitu kejayaan yang diredhai Allah Taala. 

Firman Allah Taala: (Surah At-Taubat:111) Ertinya:

Sesungguhnya Allah Taala telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka bahawa dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar............................


MENGAPA PERLU BERJIHAD

Jihad merupakan suatu agenda umat Islam yang berterusan yang wajib dilaksanakan sepanjang zaman kerana musuh utama umat Islam terus memerangi umat Islam. 

Musuh itu ialah syaitan yang menggunakan nafsu manusia untuk menghalang mereka daripada beriman dan menerima kebenaran Islam. Sebaliknya ia mendorong manusia menjadi syirik, kufur dan melakukan maksiat. 

Oleh itu, selama ada syirik, kufur dan maksiat, maka selama itu jihad nafsu dan jihad menentang kepercayaan syirik, amalan kufur dan maksiat masih berterusan. Selain syaitan yang mendorong manusia melakukan kemungkaran, umat Islam bertanggungjawab menegakkan kebenaran, keadilan dan menentang kebatilan dan kezaliman. 

Ini semua menuntut umat Islam meneruskan jihad sesuai dengan tanggungjawab dan cabarannya. Musuh Islam dari jenis manusia tidak akan rela umat manusia hidup mengikut lunas Islam yang ditentukan oleh Allah Taala. Mereka sentiasa menaruh dendam dan berusaha membawa kita hidup mengikut cara mereka terutama pengaruh Yahudi dan Nasrani. 

Ini merupakan cabaran utama umat Islam iaitu menyelamat umat Islam daripada pengaruh Yahudi dan Nasrani, pengaruh ajaran sesat dan budaya sekular (keduniaan) dan materialism (kebendaan) dalam berbagai-bagai bidang, seterusnya menyelamatkan umat manusia daripada jalan yang sesat. Jelasnya, jihad menjadi agenda dakwah Islamiah sepanjang zaman. 



PENGERTIAN JIHAD

Jihad bermaksud segala usaha yang dilakukan dengan sepenuh daya dan tenaga untuk mencapai matlamat dan cita-cita iaitu menegakkan dan mempertahankan Islam pada diri, keluarga dan masyarakat serta mendapatkan keampunan, rahmat dan keredhaan Allah Taala. 

Ringkasnya, jihad ialah perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan prinsip ajaran Islam untuk mencapai tujuan atau matlamat yang diredhai Allah Taala. Daripada pengertian ini dapatlah dirumuskan sifat-sifat seorang mujahid (pejuang):

1. Menyedari bahawa jihad merupakan suatu tanggungjawab mulia yang mesti dilaksanakan sepanjang zaman.
2. Berpegang pada prinsip jihad iaitu jihad kerana Allah Taala.
3. Mempunyai matlamat yang suci dan jelas iaitu menegakkan syariat Islam.
4. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
5. Sedia berkorban dengan diri dan harta dan bersedia menghadapi risiko (akibat buruk) dengan sabar dan redha.

Jihad meliputi segala usaha yang diredhai Allah Taala seperti jihad dengan hati, fikiran, kata-kata dan perbuatan; jihad dengan ilmu dan pena, jihad dengan apa jua alat dan senjata yang dapat dirumuskan sebagai jihad dengan diri dan harta benda. 

Jihad yang suci dan sejati hanyalah jihad Fi Sabillillah iaitu jihad kerana Allah Taala.
(Surah Al-Hujarat: ayat 15) Ertinya: 

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


copy and paste from here.


0 comments:

Post a Comment