![]() |
Gerai GKU bersama SPMM. |
Alhamdulillah, berlalu sudah fatrah promotion GKU buat pelajar-pelajar USIM melalui gerai di KARSIS. Terima kasih juga buat pihak SPMM atas kerjasama dan bantuan kalian, serta tak lupa buat ahli-ahli GKU yang setia turun padang menjaga gerai serta memastikan aktiviti sepanjang gerai berjalan lancar.

Berikut merupakan senarai-senarai pemenang yang muktamad, setelah diadili buat kali kedua, disebabkan beberapa penyertaan yang terlewat sampai ke tangan pihak kami:
1.Muhammad Akmal b. Rosli
2. Nur Atikah Bt Munir
3.Nur Anis Farhah Bt Mohd Rosdi.
4. Mohd Fadil Hadi b. Haji Ismail
5. Ezzyrul Shafiq b. Shaarani
Buat yang tak berjaya, usah putus asa. Tak bermakna karya anda tidak hebat, cuma saingannya terlalu sengit. Semua peserta hebat sehinggakan pihak juri susah untuk menentukan pemenangnya. Teruskan berkarya untuk ummah. Buat pengetahuan umum, pihak kami telah memutuskan bahawa semua peserta-peserta yang menghantar komik akan diterima masuk sebagai ahli GKU, tahniah diucapkan. Semoga dengan kehadiran bakat-bakat baru, GKU mampu melangkah lebih jauh dan merealisasikan impian ummah.
Tidak lupa juga buat ahli-ahli GKU yang telah menjayakan Live Drawing, iaitu Ray Han, Mariam Samani, Fathi, Nabila Aziz, Amirah, Kushairi dan yang lain-lain. Semoga setiap ahli GKU dapat meningkatkan serta mengasah lagi bakat masing-masing yang kian menyerlah.
**maaf jika gambar terlalu sedikit dan diambil hanya pada satu hari.
Sekian dari kami,
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment